Datuk K Sabar Melayan Siti Nurhaliza Tarik Perhatian Netizen

Kini ramai yang sudah tahu mengenai kehamilan penyanyi nombor satu negara,Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sedang hamil lima bulan.Menerusi di laman Instagram milik Siti Nurhaliza telah dikongsikan video yang dilihat Siti terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda dan menunjukkan suaminya Datuk Seri Khalid menolak kerusi roda yang dinaikinya di sebuah pusat beli belah telah menjadi tarikan netizen.




Bagaimanapun,disebabkan dia hamil hampir lima bulan dan semakin tidak mampu untuk berjalan jauh sehinggakan terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda.Malah bakal ibu itu turut beseleroh berkata suaminya menolak laju kerusi roda itu seprti kereta ferrari.

'Jalan jauh tak larat,jadinya saya naik kerusi roda.. #suamipecutmacamferrarri,'ujar Siti.

Kebanyakkan peminat Siti faham akan keadaanya dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama ketika mereka sedang mengandung.Perkongsian tersebut telah menarik minat 778,746 penonton dan lebih 2,700 komen ditinggalkan daripada pengikut laman Instagramnya setakat ia dimuat naik semalam.



Namun,rata-rata ada juga yang memuji Datuk K seorang suami yang penyayang melayan isterinya sedang hamil.Mereka juga mendoakan Siti dan juga bayi dalam kandungannya agar sihat.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on 

No comments

Powered by Blogger.