Tercampak semasa menaiki jeep bukit larut



Mohon admin ketengahkan kes yang baru terjadi tgh hari tadi..adik dan adik ipar saya baru tercampak dan terjatuh dari jeep semasa menaiki jeep tersebut di bukit larut.




Pintu belakang tiba2 terbuka semasa jeep berkenaan mengambil selekoh tajam. Mangsa dua2 cedera di kepala dan kaki dan sudah mendapat rawatan di Hospital Taiping.


Laporan polis sudah dibuat. Tapi yang menjadi masalah adalah dibelakang tiket jeep tersebut ada tulis pihak mpt tidak bertanggungjawab jika terjadi kemalangan semasa menaiki jeep. Padahal pintu belakang jeep tersebut hanya diikat dengan seutas tali sahaja. Mohon pihak mpt membuat penambahbaikan dari segi keselamatan pengunjung pada masa hadapan jika betulpun tidak mahu bertanggungjawab.

Hati-hati semasa menaiki jeep..

No comments

Powered by Blogger.