Suka Hati Aku Lah Kahwin Lapan Lelaki Semata-mata Kerana Wang.. Korang Sibuk Ape Korang Pun Gila Duit

MENJADI lumrah lelaki nak beristeri lebih dan itu adalah ‘cita-cita’ bagi kaum Adam.

Namun, kes ini pula sangat mengejutkan wanita yang berkahwin lebih. Bukan satu tapi lapan! Fuhhh…Wow fantastic!

Baru-baru ini tular, seorang wanita yang didakwa telah berkahwin dengan sekurang-kurangnya lapan orang lelaki sebelum menghilangkan diri dengan wang hantaran.

Kejadian pelik tersebut dipercayai berlaku di Bangkok, Thailand dan wanita berkenaan, Jariyaporn Buayai atau lebih dikenali sebagai Nammon, kini sedang menjadi buruan pihak polis di sana.

Suspek diburu pihak berkuasa sejurus lapan lelaki membuat laporan mendakwa bekas isteri mereka menghilangkan diri selepas beberapa hari berkahwin dan wang hantaran juga lesap.



Kesemua mangsa berkata mereka membayar wang hantaran berjumlah dalam lingkungan 200,000 baht hingga 500,000 baht sewaktu majlis perkahwinan berkenaan.

Menurut keterangan salah seorang mangsa, Prasarn Tiamyam, dia membuat laporan polis apabila mendapati bekas isterinya itu menghilangkan diri selepas empat hari mereka berkahwin.

Dia sedar ditipu baru-baru ini selepas terbaca satu kenyataan di laman sosial yang beri amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan seorang wanita yang dikatakan menipu hanya untuk dapat wang hantaran.

“Saya berkenalan dengan Nammon pada Februari 2015 dan berkahwin dengan wanita itu sembilan bulan kemudian selepas dia mendakwa hamil.

“Selepas empat hari berkahwin Nammon menghilangkan diri dan tidak lama selepas itu meminta cerai dengan alasan dia keguguran,” terangnya.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi mangsa yang enggan dikenali identiti dirinya berkata dia berkenaan dengan wanita itu menerusi laman Facebook.

Kemudian memindahkan wang hantaran 500,000 baht ke akaun wanita berkenaan pada Februari yang lepas.

“Bagaimanapun, dia enggan melangsungkan perkahwinan dengan alasan tukang tilik memberitahu tahun ini adalah tempoh malang untuk berkahwin,” katanya.

Gerak geri wanita itu berjaya dihidu oleh pihak polis selepas, seorang lagi mangsa dikenali sebagai Wichit berhubung dengan tujuh lagi mangsa dan bersepakat membuat laporan polis.

Bagaimanapun, mangsa mempercayai wanita itu mungkin telah jerat ramai mangsa lagi kerana terdapat laporan bahawa dia telah berkahwin dengan lima lagi lelaki pada Ogos lalu. –

Sumber Berita : MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

No comments

Powered by Blogger.