Hadi (PAS) ingin takluki kerajaan selangor




KOTA BHARU - Pas menafikan adanya pakatan antara parti itu dengan Umno untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor dan seterusnya mempertahankan Kelantan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiada sebarang rundingan sulit antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam soal itu.

“Dakwaan yang mengatakan kita ada satu konspirasi atau pakatan untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor terutamanya ini adalah satu perkara yang tidak logik.

“(Lagipun) kita adalah sebahagian daripada Kerajaan Selangor dan takkan kita nak jatuhkan kerajaan tersebut,” katanya kepada media, semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Cakna Rakyat Bunut Payong  yang turut dihadiri Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Beliau mengulas dakwaan media Singapura melaporkan Perdana Menteri dan Abdul Hadi hampir berhubung setiap hari  dalam usaha membuat pakatan pilihan raya merampas Selangor pada PRU14 nanti.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kota Bharu itu mahu pihak yang mendakwa perlu kemukakan bukti dan sekiranya tidak berbuat begitu Pas menganggap ia adalah cakap kosong.

“Tidak pernah ada satu fakta yang menunjukkan wujudnya pakatan dan sebagainya terutamanya antara Pas dan Umno.

“Yang ada hubungannya kita (Pas) dan kerajaan Malaysia dalam isu tertentu untuk memberi manfaat kepada rakyat. Itu perlu dibezakan,” katanya.

Mengulas lanjut,  Takiyuddin berkata,  dari sudut politiknya, Umno tetap lawan kepada Pas dan parti akan meletakkan calon di kawasan majoriti Melayu begitu juga mereka.

Memetik laporan berita tersebut juga menyebut Perdana Menteri dan Abdul Hadi sering berbual menerusi telefon selepas  Ahli Parlimen Marang selesai pembedahan jantung Mei lalu.

No comments

Powered by Blogger.