Dituduh Mabuk Di Pusat Hiburan, Langsung Tak Jejas Imej Syamel


Nama Syamel tiba-tiba menjadi panas bila dia dikatakan berkunjung ke pusat hiburan dan mengambil minuman beralkohol sampai mabuk.

Namun penyanyi ini menafikan semuanya dan menyatakan tujuannya mengunjungi pusat hiburan bukanlah untuk berseronok semata-mata, sebaliknya atas tuntutan kerja.

"Sebelum menjadi artis saya adalah penyanyi jalanan yang mana sering mengadakan persembahan di sekitar Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan hadapan pusat membeli belah Sogo. Malah saya juga sering mendapat undangan untuk menyanyi di pusat hiburan.

"Sekiranya saya juga ke pusat hiburan, ia adalah untuk mendengar persembahan live band iaitu perkara yang sudah pun saya lakukan sebelum bergelar artis. Kebanyakan pusat hiburan juga menempatkan banyak restoran.

"Malah kehadirannya saya ke pusat hiburan juga disebabkan undangan menghadiri majlis sidang media ataupun acara yang diadakan di sana. Jadi saya menafikan mengambil minuman beralkohol dan berada dalam keadaan mabuk," katanya kepada Berita Harian.

Walaupun kesal dengan dakwaan tersebut, Syamel bersyukur kontroversi itu langsung tidak mencalarkan imej atau menggugat perjalanan karier nyanyiannya.

"Saya rasa mereka hanya melihat tajuk berita tanpa membaca keseluruhan cerita sedangkan saya sudah jelaskan isu berkenaan. Bagi saya, satu kerugian pada mereka kerana mereka hanya menilai dari segi luaran," tambahnya lagi.

Pelantun lagu Hidup Dalam Mati ini juga langsung tidak terkilan atau kecewa dengan situasi ini kerana baginya ia cuma isu kecil yang tidak tahu dari mana datangnya.

Baguslah begitu, kalau tidak salah buat apa nak takut kan. 

No comments

Powered by Blogger.