Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS

Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS. Sudahkah anda membayar hutang PTPTN? Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam/ IPTA dan IPTS. Kini terdapat cara mudah dan pantas buat peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan secara cepat dan tepat dengan menggunakan semakan PTPTN secara online atau SMS.


Cara Semak Baki PTPTN

Berikut disertakan langkah-langkah untuk membuat semakan baki bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik menurut jadual bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukannya dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda. 

Semak Baki PTPTN Secara Online

1. Layari Laman Web PTPTN, sila klik http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
2. Klik Ikon Penyata Pinjaman - https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html
3. Klik Link PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL
4. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTTN anda
5. Semak

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
2. Hantarkan SMS ke 15888


Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-

  • Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  • Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i

Untuk menyemak, sila rujuk panduan grafik di bawah ini.


Semoga panduan Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua.

No comments

Powered by Blogger.