Tak Perlu Perlekeh Kerjaya Orang Kalau Dah Rasa Hebat Sangat!

Kami rasa mesti anda pernah terbaca status ini semalam? Kalau tak pernah sila tengok dibawah. 


Ini betul gais. Kami kenal beberapa org melayu & cina macam neh. Meniaga makanan kat pasar malam. Jual popia. Kereta mercedes tu. Yang member cina meniaga aksesori. Guna van buruk. Mampu beli rumah teres sendiri. Yg makan gaji pun belum tentu mampu beli rumah zaman sekarang.

Pendapat kami, Mak bapak kena ubah sikit persepsi. Tak perlu perlekehkan kerjaya orang. Masing2 ada kerjaya masing2 dan tahap kejayaan kita bergantung juga pada usaha & situasi diri kita. 

Ramai juga yg sinis pada golongan petani. Tetapi petani at least punya tanah sendiri. Bukan macam kita merempat tanpa pemilikan tanah. Seorang uncle cina pernah berkata pada aku. Orang cina punya stail. Biar ada tanah/rumah daripada bergaya. Biar nampak miskin rupa janji mereka ada tanah sendiri. Pakai kereta buruk pun takpa. Baju koyak pun takde masalah. Janji mesti mao ada tanah. Kita baru pakai Vios atau City dah mula berlagak. Kesian. 

Begitu juga yg memandang sinis pd mereka2 yg bekerja cuci longkang, bersihkan sampah2 kita, operate sisa kumbahan. Ini semua pemikiran yg tidak betul. Kita perlukan kesemua mereka in order untuk hidup lebih bersistematik.

Kalau takde yg buang sampah. Mampu ke kita lupuskan sampah sendiri?

Kalau takde yg tanam sayur, tanam padi, menjala udang, menjadi nelayan. Kita nak pergi tanam padi ke atau ke laut sendiri mencari ikan?

Kalau takde yg meniaga nasi lemak, kuih muih waktu pagi, bila kita tergesa2 ke tempat kerja perut lapar mana mao mencekik dgn murah? Takan layan kepsi pagi2? Byk duit bapak kau?

Haha.

Mari kita didik diri kita. Belajar hormati kerjaya org. Raikan kepelbagaian kerjaya & tanamkan sikap bahawa setiap kerjaya itu memainkan peranannya tersendiri seperti satu ekosistem.

Jgn perlekehkan & persendakan kerjaya org sebarangan. Selagi mana dia mencari rezeki halal, samada dia mampu kaya atau tidak, kenapa kau nak kesah jika dia bukan melakukan jenayah?

FIkir2kanlah..

No comments

Powered by Blogger.