Ammar Sendu Dikecam Netizen Akibat Cacah Tatu

Akibat kecewa selepas putus cinta dengan kekasihnya, seorang pelakon terkenal, Ammar Alfian bertindak mencacah tatu di badannya.


Harian Metro melaporkan Ammar mengakui membuat tatu yang berupa rekaan seekor naga dan sedikit tulisan Cina di bahagian dadanya, selepas berpisah dengan seorang pelakon, dua tahun lalu.

Ironinya, beliau menyimpan hasrat untuk membuang tatu itu di luar negara, suatu hari nanti.

Tindakan Ammar memuat naik beberapa keping gambar dia tidak berbaju bersama tatunya ke akaun Instagramnya, mencetuskan kontroversi dan kemarahan warga maya yang mempersoalkan tindakannya sebagai seorang umat Islam.

“Putus cinta pergi buat tatu untuk menambahkan dosa…tak tahu agama ke apa dia ni,” komen salah seorang penguna Facebook, Nur Qaseh.

“Putus cinta buat tatu…orang putus cinta dekat diri dengan ALLAH dia pulak buat tatu bengong…Islam ke idok die ni,” soal pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ikah Comel.

Gambar yang tersebar di laman-laman sosial itu telah dikongsi sebanyak 78 kali dan mendapat 4,636 like serta menerima 561 komen.

No comments

Powered by Blogger.