Cara Matikan Fungsi Auto Play di Facebook

Baru-baru ini Facebook telah meng"update" fungsi video dalam aplikasi Facebooknya. Fungsi terbaru tersebut ialah setiap video akan dimainkan secara automatik! Anat betul si zuckerburg nih... oklah sebab mungkin ramai yang akan rasa annoying dengan fungsi terbaru ini, kami kongsikan cara mematikan fungsi auto play di Facebook. 

Bagi mereka yang menggunakan desktop ataupun web caranya sangat mudah. 

1. Pergi ke drop down menu seperti di dalam gambar rajah dibawah dan pilih "Settings"



2. Selepas itu, pilih "Videos"



3. Kemudian dalam pilihan "Video" sila ubah tetapan tersebut kepada "Off"

Bagi pengguna aplikasi Facebook di telefon pintar pula sangat mudah. 

1. Pilih 3 tanda titik bertindih di sebelah atas kanan aplikasi Facebook. 

2. Scroll ke bawah sehingga jumpa pilihan "App Settings"

3. Pilih "Video Auto Play" dan buat pilihan mengikut ketetapan pilihan anda. 


No comments

Powered by Blogger.