Lelaki Ini Hanya Bergaji RM10 Sebulan!

Baru-baru ini, saya telah singgah ke sebuah hospital di pekan Ranau, Sabah sekitar jam 2.00 pagi untuk menemani sahabat saya yang sakit akibat keracunan makanan. Sambil menanti rakan saya yang sedang menerima rawatan di bahagian kecemasan hospital tersebut, mata saya tiba-tiba tertumpu kepada seorang lelaki yang berumur sekitar 30-an duduk di hadapan wad kecemasan dengan wajah yang sangat lesu dan lemah.


Lantas, saya mengambil keputusan untuk menyapa lelaki tersebut dan berborak bersama beliau. Lelaki itu bernama yunting dan berasal daripada sinuran (sebuah kawasan pendalaman di Ranau). Beliau datang ke hospital kerana terpaksa menghantar anak beliau yang demam panas ketika itu.

Perjalanan dari pendalaman Sinuran ke pekan Ranau memakan masa satu hari (24 jam) walaupun jaraknya hanya sekitar 70 km sahaja.

Menurut abang yunting, beliau terpaksa menaiki bot dan berjalan kaki dalam jarak yang cukup jauh kerana tiada jalan raya untuk menuju ke kawasan tempat tinggal beliau di Sinuran.

Semua anak-anak beliau juga tidak bersekolah kerana tiada sekolah yang dibina di kawasan tersebut dan beliau juga tidak mampu untuk menghantar anak-anak beliau ke sekolah kerana masalah kewangan.

Kemudian, saya bertanya apa pekerjaan beliau dan berapa pendapatan beliau sebulan.

Satu jawapan daripada beliau yang membuatkan saya terdiam dan menangis seketika.

Beliau beritahu yang beliau bekerja sebagai pemotong pokok dan memperolehi gaji oleh pihak syarikat hanya sebanyak RM10 sebulan dan diberikan bahan-bahan makanan asas yang akan dihantar oleh helikopter setiap bulan.

Hati saya bagai dihiris dengan pisau ketika itu. Sakit dan pedih.

Saya segera menamatkan perbualan kami ketika itu sambil bersalaman bersama beliau kerana rakan saya telah selesai menerima rawatan.

Saya sempat juga menasihat abang yunting agar berpindah ke tempat yang lebih dan membina masa depan yang cerah.

*****

Semoga Allah swt memberkati kehidupan abang yunting.

*****

Muhammad Asyraf Che Ani.
12.00 Tengahhari.
23 September 2015/9 Zulhijjah 1436 Masihi

No comments

Powered by Blogger.