Selipar 'CuriDose' Ini Akan Buatkan Pencuri Selipar Di Masjid Insaf Dan Rasa Berdosa

Siapa yang pernah ada pengalaman pergi masjid dan lepas habis solat tengok-tengok selipar hilang?! Pasti stress sebab kena balik berkaki ayam. Ada yang rembat kasut orang lain?. Pertama kali ternampak gambar selipar CuriDose ini di laman Facebook, kami menyangkakan ianya produk luar negara dan sebutannya pula berbunyi "kiu-ri-dos". Kami juga merasakan yang nama selipar ini kelakar kerana hampir dengan perkataan "curi dose (dosa)" dalam Bahasa Melayu.


Ternyata anggapan ini salah kerana rupa-rupanya memang selipar ini namanya CuriDose (curi, dosa). Kreatif kan? Idea ini diilhamkan oleh pengacara Jimmy Shanley selepas kehilangan kasut LV miliknya semasa singgah solat di masjid.

Menurut Jimmy, nama CuriDose itu adalah untuk menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka

Selipar CuriDose ini boleh dibeli dengan harga RM19.90 sepasang, manakala t-shirt CuriDose pula berharga RM45


Selipar ini telah dijual dengan meluas di seluruh Malaysia. Kami dapati agen penjual selipar ini boleh didapati dari Sabah sampailah ke Perlis. Jika anda berminat nak beli, apa kata layari laman Instagram mereka di @curidose atau search hashtag #curidose di Instagram anda. Boleh juga follow Instagram @jimmyshanley untuk segala maklumat terkini tentang CuriDose.

Memang kreatif. Kami harapkan perniagaan Jimmy Shanley akan terus maju jaya. Lepas ni apa pula? BagiPahala, mungkin? Yesza!

No comments

Powered by Blogger.