Kisah Seram & Benar Ketika Menaiki Putra LRT

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pembaca mengenai kejadian yang menimpa rakannya ketika menaiki PUTRA LRT. 


Waktu Form 5 tahun 2004 kami pergi lawatan sambil belajar aka bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu and stay 3 hari 2 malam. One of the nights a small group of us lepak tepi unggun api lepas selesai aktiviti. Kira aktiviti santai la sekarang. So masing2 bukak la pengalaman masing2 pasal terserempak dengan hantu or makhluk ghaib. Yang paling best rasanya my friend Sarah punya cerita. Pasal jumpa hantu P dan S di LRT. Saya pernah dengar sebelum ni tapi first time dengar dari orang yang experience sendiri kejadian ni.

Masa tu waktu senja dalam pukul 7 lebih weekend. Kebetulan orang dalam tren tak ramai kira satu gerabak ada la dalam 2 3 orang. Sarah ni nak balik stesen LRT Gombak dari KLCC. Takde rasa syak apa2 lah macam biasa so biasa masuk tren duduk lah since banyak seat kosong. Time tu Sarah sorang je maksudnya takde member2 la.

Tren gerak macam biasa cuma kejadian bermula lepas stesen Ampang Park. Antara stesen Ampang Park and Damai tiba tren stop. Lepas tu lampu berkelip kelip and pintu terbukak. Tak lama lepas tu bunyi macam melodi sayu. Sarah mula nampak kelibat kelibat macam pocong luar tren. Tak lama lepas tu nampak dua kelibat mirip P and S berlalu tepi tingkap sambil macam merayu "tolong jangan nyanyi lagu saya~ sakit~ sakit~" and ulang2..

Sarah dah menggigil tunduk kepala and sekali sekala intai intai.. Dia nampak ada perempuan cina dah pengsan kat gerabak sebelah.. Dalam 5 minit jugak kejadian tu lepas kelibat P and S tu dah pass.. Lampu terus ok balik and pintu tertutup and tren pun sambung bergerak macam biasa.. Ada penumpang yang still menangis nangis dalam tren tu..

Dia cakap korang nak percaya lantaklah tapi benda tu memang terjadi..

Aku ada dengar versi pocong pocong tu masuk dalam tren dari orang lain tapi mungkin tokok tambah Wallahualam.. Just curious ada sesiapa tak yang pernah dengar kisah ni or alami sendiri sebab dengar macam a few incidents jugak yang berlaku time tu.. Saya dengar kejadian stop lepas kubur diorang dipindahkan tapi tak check pulak kesahihannya..

No comments

Powered by Blogger.