Hanya Kerana Facebook, Remaja Perempuan Dibelasah

Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dibelasah ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kangar Perlis. Menurut laporan asal New Straits Time, remaja perempuan itu sedang menaiki basikal apabila sekumpulan 5 pelajar perempuan lain menghalang beliau. 


Remaja perempuan yang namanya dirahsiakan ditendang, ditumbuk dan ditarik rambutnya kerana dikatakan cuba merampas teman lelaki seorang pelajar yang lain melalui lama Facebook. Beliau juga dikatakan menulis status update berbaur menghina kepada pelajar perempuan yang membelasah beliau sebelum kejadian

Kelima-lima orang suspek kini ditahan oleh polis bagi membantu siasatan. Ibu kepada mangsa membuat laporan polis dan mahu tindakan sewajarnya dikenakan terhadap remaja perempuan yang bersikap ganas ini.

Oh dear! Di Malaysia 15 tahun dan gila nak ada boyfriend dan gaduh semata-mata nak ada boyfriend. Dayyum sial. Spentot pun mak bapak yang still belikan tapi sibuk nak berboyfriend bagai. Hamjad. 

No comments

Powered by Blogger.