Bas Ini Bergerak Menggunakan Sisa Kumbahan Manusia!

Tahi biasanya dibuang dan sisa kumbahan di proses semula untuk kegunaan seharian. Di Bristol, Wales lain pula ceritanya kerana tahi manusia dan sisa kumbahan digunakan sebagai sumber alternatif minyak untuk perkhidmatan bas. 


Gas metana yang dihasilkan dari proses pereputan tinja dikumpul dan digunakan sebagai bahan api. Setiap bas berkuasa tahi ini boleh berjalan sejauh 300 kilometer sebelum tangki perlu diisi semula. 

Selain menggerakkan pengangkutan awam, gas bio-metana ini juga digunakan untuk menjana elektrik penduduk setempat. Ini sememangnya mesra alam. Di New York terdapat projek yang sama. 

Gas dari najis manusia dan kumbahan digunakan untuk menjana elektrik. Sisa pejal yang tertinggal diproses sekali lagi untuk menjadi baja yang digunakan untuk perladangan. Ya betul! Di Amerika Syarikat tahi manusia digunakan sebagai baja semulajadi. 

Bila difikirkan kembali ianya sangat masuk akal kerana manusia menghasilkan banyak tinja setiap hari. Apa salahnya jika dikitar semula untuk menjaga alam semulajadi! Ini mengingatkan kami kepada motosikal berkuasa tahi di Jepun. Jadi mengapa teknologi ini tidak digunakan dengan lebih meluas? Kerana kos untuk menghasilkan bio-metana adalah lebih mahal dari bahan api fosil.


No comments

Powered by Blogger.