Sekali Lagi Azwan Naikkan Kemarahan Netizen

Sekali lagi ‘diva’ bekas penyampai hos televisyen, Azwan Ali mendapat perhatian umum dengan kenyataan kontroversi terbaharu beliau. Selebriti berkenaan memuat naik posting di Twitter, mengajak pengikutnya menonton siaran berita di Buletin TV3 berkenaan kemalangan jalan raya ketika musim perayaan ini.


“Slm. Jom tengok #BUTV3! (Buletin TV3) Berapa ekor yg mati accident punya nak raya! Elok lah! Penuhkan Kuburrr.” Kenyataan “Diva Kelas A” cempala mulut itu menyebabkan kemarahan netizen dan menganggap beliau tidak menghormati keluarga mangsa.

Seorang pengguna Twitter, @melcknu_abu berkata kenyataan itu tidak patut, walaupun twitter selebriti itu sebenarnya bersifat menyindir.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, @FarhahSaleh berkata, bekas hos televisyen itu sepatutnya bertaubat dan tidak mengulangi kenyataan itu.

Azwan sering menjadi perhatian ramai disebabkan sering memuat naik kenyataan provokatif di laman media sosial.

Baru-baru ini selebriti itu mengamuk dengan pelawak, Nabil Ahmad kerana tidak menegurnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ketika kedua-duanya tiba dari Jeddah selepas menunaikan umrah, baru-baru ini.

Nabil kemudian mengeluarkan kenyataan memohon maaf kerana tidak menegur Azwan.

“Saya benar-benar tidak perasaan (Azwan) di Jeddah dan KLIA. Jadi macam mana saya nak tegur dia bila saya tidak nampak dia,” kata Nabil

No comments

Powered by Blogger.