Luahan Hati Gadis Perampas Suami Orang

Sejak kebelakangan ini banyak berita mengenai perceraian dan kecurangan dalam perkahwinan. Paling terbaru di mana kes yang menjadi viral beberapa bulan yang lepas sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan tetapi kecundangan akibat orang ketiga. Disini kami kongsikan satu luahan dari Ana (bukan nama sebenar) mengapa gadis ini sanggup meruntuhkan rumah tangga orang lain.


Aku memang suka suami orang. Aku tak suka lelaki bujang. Macam mana kau yakin yang lelaki bujang betul-betul cintakan kau? Macam mana kalau dia cintakan kau out of loneliness? Macam mana kalau dia cintakan kau sebab kau seorang saja yang layan dia? 
So, dia tak ada pilihan, dia ambil sajalah kau. Tetapi bila bercinta dengan suami orang, even when he has a choice, he still chooses you. Paling seronok bila dia sanggup tinggalkan isteri dia untuk kau. Tak kiralah betapa teruknya marriage tu, it is still difficult to end it tau?
Kau ingat, hidup ini macam dalam drama Melayu? Jerit 'Aku nak tinggalkan kau' and it's over? Tak langsung! Kau kena naik turun mahkamah, hire lawyer dan bla-bla bla when i comes to divorce. So you know, when someone ends it for you, it shows that you are so worth it. I want to know that I am worth the trouble. I am worth it.
Kau mesti ingat aku bodoh kan? Aku tak bodoh. Selepas dia bercerai dengan isterinya, aku cari suami orang lain pula. Kalau dia boleh tinggalkan perempuan lain untuk aku, dia mesti boleh tinggalkan aku untuk perempuan lain. Aku tak nak calarkan ego aku untuk cinta. - Gadis Perampas Suami Orang

No comments

Powered by Blogger.