"Hantaran Mahal..Manalah Nak Mampu" - Netizen Dakwa Inilah Punca Sebenar Sufian Dan Elfira Putus Tunang


Walaupun sudah beberapa hari berlalu, kisah putus tunang antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy masih lagi hangat diperkatakan terutamanya para peminat mereka. 

Dua hari lepas, bapa Elfira telah membuat kenyataan dan memulangkan kembali cincin tunang sebagai tanda pemutusan hubungan tersebut. Namun netizen tetapi tidak puas hati selagi tidak tahu apakah punca sebenar disebalik perkara tersebut. 

Dah macam Detektif Conan apabila seorang netizen meninggalkan komen di sebuah Instagram portal berita dan mendedahkan punca sebenar hubungan Sufian dan El putus. 

Netizen tersebut mendakwa isu kewangan dan kegagalan Sufian menyediakan wang hantara yang diminta keluarga Elfira menjadi punca keretakan hubungan mereka. 


Netizen tersebut @rayazman123 ini dikatakan mendapat sumber tersebut dari seorang kawan yang juga kenalan keluarga Elfira. 

Namun, Sufian memberi nasihat kepada netizen agar menghentikan segala spekulasi kerana ianya amat peribadi. 

"Biarlah kami berdua dan keluarga saja yang tahu apakah punca sebenar" kata Sufian. Elfira juga sehingga kini masih belum memberi sebarang kenyataan. 

Nasib badan. Yang penting kita doakan mereka berdua terus bertabah dan menemui pasangan yang sesuai selepas ini. 

No comments

Powered by Blogger.