"Aku Yang Tulis, Kau Yang Meroyan" - Gadis Cantik Cari "Hero" Bengang Dikecam Netizen


Kecohnya di laman sosial baru-baru ini apabila seorang wanita memuat naik sebuah posting menjejaki lelaki yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat, Isnin lalu.

Menurut Azliza Othman, 33, dia tidak dapat melupakan jasa lelaki terbabit kerana mahu membalas jasanya sehingga sukar melelapkan mata pada waktu malam.

“Saya mohon lelaki itu hubungi saya segera. Jika dia sudah berkahwin, saya sanggup menyara barangan dapur dan wang bulanan untuk anak isterinya. Saya sudah terhutang nyawa dengan lelaki itu,” kata pembantu klinik di Jitra itu kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, status itu mengundang rasa tak senang hati di kalangan netizen yang menyifatkan Azliza sengaja 'menggatal'.


"Takut minta jadi madu je nanti," komen netizen.

Tak kurang juga yang menuduh Azliza hanya ingin meraih publisiti murahan kerana mahu melariskan produk kosmetiknya.



Pun begitu, masih ada segelintir netizen berfikiran terbuka dan menasihati netizen lain untuk tidak memberi komen negatif.

Komen negatif itu semestinya disedari Azliza yang kemudian memuat naik kapsyen "Aku yang tulis, hang yang panas".


Manalah cik abang penyelamat tu, ya? Apapun, sebaiknya janganlah kita menjadi seperti 'acik bawang' lain, okey! 

No comments

Powered by Blogger.