Netizen Tegur Adik Neelofa ‘Payung’ Bra Hitam



Tak tahulah apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, agaknya kalau kekal adat ketimuran akan dipandang kuno, ya?

Adik kepada personaliti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan sememangnya terkenal dengan sikapnya yang outspoken atau lantang bersuara (adakalanya tak bertempat) dan gemar bergaya sedikit seksi.

Jika sebelum ini pelbagai kontroversi telah terpalit pada imej si cantik manis ini oleh kerana keputusannya untuk tidak lagi berhijab dan memakai pakaian yang terdedah, kali ini Ameera telah menjadi buah mulut sekali lagi kerana memuat naik gambarnya memakai pakaian mencolok mata sehingga terserlah colinya yang berwarna hitam!

Dalam Instagramnya (@littlemisskhan),  percubaan Ameera untuk ‘menghangatkan’ suasana ternyata memakan diri apabila rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak senang terhadap seorang gadis bawah umur berpakaian sebegitu.

Tak tahu apa nak cakap, nilailah sendiri.


Dan seperti biasa, kami maklum benar selepas ini keluarlah kenyataan individualistik seperti,”Ini lah masalah orang Melayu, semuanya gila seks” dan seumpamanya, namun haruslah diingatkan bahawa selagi kita masih menjadi ahli masyarakat, selagi itulah kelakuan kita di mata umum harus dijaga.

Apatah lagi, sebagai ahli keluarga seseorang yang berpengaruh, Ameera perlu lebih matang dan bijak dalam setiap langkahnya.

Bukan hipokrit, tetapi ada ke orang yang buat salah terang-terangan seperti membuka pekung di dada sendiri pula?

No comments

Powered by Blogger.