'Lelaki laknat, gak punya otak!' Netizen Indonesia berang kes suami bunuh isteri
Netizen Indonesia 'mengamuk' di Instagram Kholil. |
JAWA BARAT: Kisah seorang suami yang membunuh, mengerat dan membakar mayat isterinya selepas terlibat dalam satu pertelingkahan domestik di Karawang, Jawa Barat, Indonesia telah menggemparkan seluruh republik itu sekali gus mencetus kemarahan rakyat dan netizen.
Kes jenayah luar biasa itu terus mendapat liputan menyeluruh oleh hampir kesemua syarikat media negara tersebut, yang semakin digemparkan dengan pelbagai perkembangan.
Muhamad Kholil, 23, dalam laporan awal dikatakan bertindak sekejam itu selepas satu pertengkaran bersama isterinya, Siti Saadah, 21, (yang juga dikenali dengan nama NIndi atau Desi Wulansari).
Pertengkaran itu dakwanya, antara lain disebabkan oleh desakan isterinya yang mahu dia membeli kereta, sedangkan si suami tidak berkemampuan.
“Lelaki laknat,” kata seorang pengguna, @aisasahlan, di akaun Instagram pasangan tersebut yang kini terus dihujani maki hamun netizen Indonesia yang emosi.
“Gak punya otak!” herdik seorang pengguna lagi, @mieaangel.
“Iblis berwajah manusia!” marah seorang lagi.
Ramai yang beranggapan, jika benar si isteri sering mendesak, tidak patut dibalas dengan perbuatan sedahsyat itu. Rata-ratanya mahukan Kholil dihukum atas perbuatannya.
Dalam akaun Instagram yang belum disahkan pemilik sebenarnya itu, kali akhir pasangan berkenaan dilihat memuat naik gambar adalah pada 15 Julai 2016.
Kebanyakan gambar yang dimuat naik menunjukkan mood pasangan tersebut dalam suasana gembira.
Gambaran itu yang memuatkan ramai terkejut, lantas tertanya, bagaimana pasangan yang dilihat romantis itu boleh berakhir dengan sebuah tragedi mengerikan.
Nota luahan hati
Pada awalnya, Kholil menyatakan bahawa dia bertindak sedemikian kerana tertekan dengan sifat isterinya yang sering meminta-minta, selain mendakwa ibu bapanya juga sering dihina oleh Siti Saadah.
Bagaimanapun, semua dakwaan itu dikatakan sengaja dicipta sebagai alibi di hadapan polis.
Sewaktu menyiasat tempat kejadian, polis telah menemui nota yang dipercayai ditulis oleh Siti. Ia adalah curahan hati Siti mengenai tingkah laku Kholil yang selama ini terpaksa dihadapinya.
“Ingin saja pulang ke rumah tapi malu pada keluarga dan jiran-jiran. Ada suami tapi tak tinggal bersama, fikirannya pasti banyak yang negatif,” antara catatan pada nota yang diperoleh.
Pihak polis berkata, pertelingkahan itu ada kaitan dengan permintaan Siti Saadah sebelum ini yang mahu berpisah dengan suaminya.
Lantaran sakit hati, Kholil dipercayai telah hilang pertimbangan lalu bertindak sekejam itu.
Post a Comment