Inilah 4 Artis Popular Yang Tiba2 Menghilangkan Diri Dari Dunia Hiburan! Rupanya Ini Punca Sebenar Mereka Hilang Buat Netizen Terkejut..!

Lambakan penyanyi dan pelakon baru membuatkan kita lupa tentang artis yang dah lama menghilang bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga kehidupan peribadi mereka. Setiap orang punya alasan tersendiri kenapa mereka memilih untuk menghilangkan diri.

1. Anita Sarawak

 Sebelum ini Anita Sarawak sangat aktif dalam dunia hiburan. Punya program TV sendiri, rajin ke majlis anugerah dan sebagainya. Namun, tiba-tiba dia menghilangkan diri ke Las Vegas.

Menurut Forum Cari, Anita Sarawak bersama suaminya, Mohamad Mahathir Abdullah didedahkan telah menjual rumah lama mereka di Las Vegas pada 31 Julai 2017 dengan harga USD350,000. Rumah tersebut dibeli oleh pasangan itu pada tahun 1991 dengan harga USD184,400.

Tidak lama kemudian, mereka dilaporkan telah membeli sebuah rumah baru di Las Vegas dengan harga USD326,509 pada 4 Oktober 2017. Kediaman berkenaan yang masih belum siap dibina terletak sekitar 22 minit dari Las Vegas Strip.

Laporan itu juga membuktikan berita perceraian pemilik nama sebenar Ithnaini M Taib atau ‘Kak Nita’ dengan Mahathir adalah suatu fitnah semata-mata. Turut dilampirkan ialah bukti bertulis bahawa Kak Nita hanya pernah melalui proses perceraian selama sekali sahaja pada tahun 1999, iaitu dengan bekas suaminya, James Dean Nicholas.

Sebelum ini, industri hiburan digemparkan dengan kehilangan Kak Nita secara mendadak pada tahun 2013. Beliau bersama suaminya berpindah ke Las Vegas bagi mempunyai sebuah kehidupan yang lebih privasi. Pada tahun 2015, Anita akhirnya disahkan sudah bersara sebagai penyanyi dan kini bergiat aktif dalam bidang hartanah. Beliau juga pernah melalui proses pembedahan bagi merawat tulang belakangnya pada tahun 2013.

2. Malique Ibrahim


10 tahun menghilang namun suara Malique selalu kedengaran di corong radio untuk mengubati kerinduan peminat. Tiada siapa tahu dan pasti sebab utama dia menghilangkan diri walaupun terlalu banyak spekulasi yang jadi terutama dengan “kemunculannya” pada AME yang lalu.

Too Phat dulu pernah jadi fenomena di kalangan peminat muzik Hip-Hop. Lagu seperti Alhamdulillah, Anak Ayam, Just a little bit dan Just a friend sering dimainkan di konco radio tempatan. Mereka juga pernah bekerja sama dengan artis luar negara seperti Warren G, adik kepada komposer muzik terkenal Dr. Dre.

Tapi bila sudah beberapa tahun bersama, Malique dan Joe Flizzow akhirnya ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing. Kita semua tahu Joe Flizzow masih aktif dengan perjuangan muzik Hip Hop. Tapi macam mana pula dengan Malique? Kenapa dia hilang tiba-tiba?







Selepas berkahwin dengan Ustaz Akhil Hay, Waheeda terus senyap dan tumpukan perhatian penuh pada keluarga. Hanya lagu nyanyiannya bersama Izam Eye yang selalu di dengar di majlis perkahwinan.
4. Juliana Banos
Setelah berkahwin 12 tahun yang lalu bersama Mokhtar Ahmad, Juliana Banos terus mendiamkan diri dari dunia hiburan. Rindu pula nak dengar lagu Cinta Gila kan ?
Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.