Berang didesak beli kereta, suami kerat dan bakar isteri


BOSAN dengan rengekan isteri yang mengidamkan sebuah kereta, seorang suami di Indonesia bertindak kejam membunuh, mengerat dan membakar mayat pasangannya itu sebelum membuangnya.



Isteri malang tersebut Siti Saidah, 21 tahun, dibunuh suaminya Kholili susulan pertengkaran membabitkan isu pembelian kereta yang seterusnya beralih kepada permasalahan susu anak dan orang tua mereka, lapor portal tempatan Indonesia.

Mengikut laporan, Kholili yang bekerja sebagai budak pejabat dikatakan tertekan dengan permintaan isterinya yang disifatkan keterlaluan lalu mengambil langkah mudah dengan 'mendiamkannya'.

Kejadian yang berlaku pada 4 Disember lalu itu terbongkar pada 13 Disember apabila polis Jakarta dalam siasatan mereka berasa ragu dengan kenyataan Kholili yang mendakwa isterinya hilang.

Setelah didesak, Kholili akhirnya mengaku membunuh isterinya. Dia turut menunjukkan tiga lokasi di mana dia membuang cebisan mayat isterinya.

Menurut polis, kepala dan kedua-dua kaki mangsa dibuang di tiga tempat berbeza iaitu di kawasan air terjun di Kampung Loji, daerah Tegalwaru, dan Bogor di Jawa Barat.

Sebelum ini, pasangan berkenaan difahamkan begitu bahagia dan sering memuat naik gambar kemesraan mereka di Instagram

No comments

Powered by Blogger.