Alicia Amin Menyeksi Lagi, Netizen Serik Nak 'Sekolahkan'
Nama Alicia Amin, model terkenal yang pernah menjadi bualan netizen beberapa bulan lalu sekali lagi menjadi bualan netizen.
Bagi isi dan kuku, jika nama Alicia Amin sudah pasti akan dikaitkan dengan gambar-gambar seksi dan separuh bogel yang pernah menjadi kecaman netizen.
Memang tak dinafikan, Alicia Amin memang seorang yang cantik, jadi tidak hairanlah dia berani untuk menayang tubuh badannya di laman media sosial miliknya.
Terbaru, Alicia kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berpenampilan seksi di pantai. Menerusi beberapa gambar yang dikongsi, Alicia menggayakan bikini dan memperlihatkan tubuh mulusnya yang seksi.
Difahamkan, gambar tersebut diambil disebuah pusat peranginan di Sabah. Tindakan Alicia Amin itu hanya mengundang kecaman dari netizen.
Tindakannya itu masih lagi tidak sesuai dengan adat Melayu masih menjaga tata susila.
Post a Comment