Video Viral Kapten JDT Carut Haters "Gua Champion Sial!" Buat Netizen Lagi Menyampah


Pada Sabtu lalu, pasukan JDT sekali lagi melakar sejarah apabila memenangi Piala Malaysia TM 2017. Sudah pasti kemenangan tersebut amat membanggakan bagi penyokong dan pasukan JDT.

Memang sudah diketahui umum, ramai juga yang 'benci' dengan pasukan JDT sehingga setiap kali kemenangan yang dikecapi akan dikecam oleh penyokong bola yang lain. 

Bagi kapten pasukan bola sepak JDT, Safiq Rahim turut melepaskan rasa marah dan geram kepada 'hater' selepas pasukannya memenangi piala yang berprestij tersebut. 

Viral di media sosial sebuah rakaman video menunjukkan Safiq bukan saja berasa puas hati dan bangga dengan kemenangan tersebut malah turut melontarkan kata-kata kesat kepada mereka yang sering mengecamnya. 

"To all haters pu**ek! Gua champion s*al!

"B*bi, anak haram!"


Memang pedas dan boleh mengguris hati sesiapa pun yang mendengarkannya. Ia diluahkan selepas JDT memenangi 2-0 menentang pasukan Kedah di Stadium Shah Alam. 

Video tersebut segera menjadi tular dan membuatkan ramai netizen berasa terkejut dengan kata-kata kesat tersebut yang dipercayai bagi melepaskan geram. 

Dalam pada itu, ramai yang mengecamnya sebagai tidak matang dan juga tak kurang juga yang melabelnya sebagai 'kurang bijak'.


Namun ada netizen beranggapan Safiq sering dikritik dengan kata-kata kesat dan ianya mungkin satu luahan perasaan yang sudah lama dipendam oleh kapten pasukan JDT itu.



Mungkin Safiq terlepas cakap tapi bak kata pepatah moden terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kena kecam dengan netizen. 

No comments

Powered by Blogger.