Lelaki Pura-Pura Tanya Arah, Akhirnya Pelajar UiTM Di Rogol Di Shah Alam


Malang menimpa seorang penuntut sebuah universiti tempatan apabila menjadi mangsa samun dan rogol. Menurut laporan Harian Metro, gadis 22 tahun itu diperdaya seorang lelaki berusia 20an yang berpura-pura bertanyakan arah jalan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika gadis yang berseorangan itu baru pulang dari pasar malam di Seksyen 7, Shah Alam menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek.

"Pada masa sama, suspek mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta lalu menghala ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7.

"Selepas memberhentikan kereta di kawasan gelap suspek merogol mangsa.

"Suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit mangsa sebelum mengarahkan mangsa turun dari kereta.

"Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.

No comments

Powered by Blogger.