"Kau Dah Kenapa Bang?"


Kon keselamatan yang diletakkan di jalan raya oleh peronda lebuhraya adalah untuk keselamatan pengguna serta pekerja lebuhraya.

Namun, viral di media sosial tindakan seorang penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab menendang kesemua kon yang diletakkan. 

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang pemandu kereta. Jelas sekali tindakan penunggang itu hanya mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain malah kepada dirinya juga. 


Beberapa kenderaan lain juga hampir terkena kon yang ditendang penunggang motor tersebut. Video yang tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecam aksi bahaya penunggang motor itu. 

"Ini orang bodoh. Menyusahkan pekerja nak letak balik kon yang ditendang lelaki ini. Kenapa si perakam tak langgar saja bajingan ini? 

"Tak pasal-pasal disebabkan orang seperti ini, jalan jadi sesak berkilo-kilometer panjang. Bodoh dan buat malu je perangai macam hanat!" kata netizen. 

No comments

Powered by Blogger.