Berat Naik 10 Kg, Nora Danish Seronok 'Belanja' Baby Bump


Semenjak mengadung, Nora Danish memberitahu yang berat badannya kini sudah naik sebanyak 10 kilogram.

Mnerusi Instagram, pelakon cantik ini menyatakan pengalaman mengandung kali kedua memang sangat berbeza berbanding yang dulu.

Isteri kepada Nedim Nazri ini malahan gembira melihat keadaan badannya yang semakin mengembang.


"17 minggu lagi. Yang pasti pengalaman yang sangat berbeza dari pertama. Ney Ney sangat aktif, dia akan kejutkan saya tengah malam bila lapar.

"Jadi, kadang-kadang sukar untuk saya mengawal makanan. Berat saya naik 10 kilogram dari awal hamil hingga sekarang.

"Janji bayi saya sihat, mommy lagi gembira dengan berat badan ini. Sebab Ney bergerak banyak setiap masa, rasa seperti dia menari di dalam saya."

Ruangan komen dibanjiri dengan tekaan netizen mengatakan Nora mungkin bakal menimang bayi perempuan. Walau bagaimanapun, aktres ini belum mendedahkan jantina anaknya lagi. Semoga semuanya dipermudahkan buat Nora Danish sekeluarga.

No comments

Powered by Blogger.