Abang Benafsu Binatang, Liwat Adik Perempuan 7 Tahun Ketika Ibu Keluar Bekerja


Hubungan kekeluargaan adalah satu perkara di dunia yang tidak ternilai. Menjaga hubungan tesebut menjadi satu kepastian dalam sesebuah keluarga. 

Namun ini mungkin bukan tidak menjadi satu perkara yang difikirkan buat seorang lelaki yang bergelar abang. Abang yang sepatutnya menjaga dan membimbing adik-adiknya lebih mementingkan nafsu binatang sehingga sanggup melakukan perkara yang menjijikkan. 

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki berusia lingkungan 20an itu memuaskan nafsunya dengan meliwat adik perempuannya. Lelaki itu melalukan perbuatan terkutuk itu di bilik air rumah keluarga mereka di Bota Kiri, Perak. 

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, mangsa cuma berusia 7 tahun ditinggalkan bersama abangnya ketika ibu merek keluar bekerja. 


Perbuatan lelaki itu mula terbongkar selepas bapa mereka terdengar perbualan mangsa yang menceritakan apa yang terjadi kepada adiknya berusia 4 tahun.

"Mangsa memberitahu adiknya itu bahawa abang mereka membuka seluar dan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa" kata Mohamad Zainal. 

Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan mengenai perbuatan terkutuk anak lelaki mereka pihak polis. Lelaki itu kini ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan. 

Mangsa dikatakan masih dalam keadaan trauma dan tidak mahu bercakap selepas kejadian. 

No comments

Powered by Blogger.