"Wow Mantap..Saya Suka" - Geng Kunyit Tak Ingat Dosa Makin Teruk Jadinya
Kebelakangan ini, semakin ramai golongan lelaki Melayu dikesan terjebak menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui seks songsang adalah perbuatan yang jijik, ditegah agama dan berisiko tinggi terkena jangkitan virus HIV.
Penularan seks luar tabii dilihat semakin serius dengan wujudnya pelbagai group komuniti LGBT di media sosial. Jika sebelum ini golongan gay atau lebih dikenali sebagai geng kunyit berkomunikasi secara "rahsia" tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri secara terang-terangan di media sosial tanpa sedikit pun rasa malu.
Baru-baru ini, seorang lelaki berbadan sado memuat naik sekeping gambar beliau di dalam sebuah group komuniti di Facebook. Gambar beliau yang hanya memakai seluar dalam sambil berbaring di tepi pantai menjadi tumpuan geng kunyit yang kegersangan.
Majoriti yang memberi komen adalah golongan lelaki dan lebih mengejutkan, bukan sahaja di kalangan lelaki muda malah lelaki yang sudah berumur pun turut meluahkan rasa terangsang di ruangan komen selepas melihat gambar tersebut.
Amat membimbangkan hidup di "akhir zaman" ini kerana komuniti gay atau geng kunyit semakin ramai dan sukar untuk dikenal pasti melalui perwatakan. Jangan terkejut jika lelaki yang sudah berkahwin pun dalam masa sama ada yang terjebak dengan seks sejenis.
Ingat! Jangan lupa pantau akaun media sosial ahli keluarga, teman lelaki dan juga suami anda. Kalau ternampak mereka ada like atau komen gambar lelaki seksi, cepat-cepatlah "azan" kan di telinga mereka sebelum nasi menjadi bubur.
Post a Comment