Van Putih Cuba Nak Culik Budak lelaki umur 12 tahun tapi cubaan untuk culik itu gagal kerana budak ni...........
KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berusia 12 tahun nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki yang menaiki van putih, Jumaat lalu.
Dalam kejadian yang berlaku jam 11.41 pagi di Taman Ayer Panas, Setapak, Alang (bukan nama sebenar), 12, baru sahaja pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA).
Alang yang baru saja sampai ke depan rumahnya berasa tidak sedap hati dengan kehadiran sebuah van putih yang diparkirkan berhampiran rumahnya.
Video Van Putih nak culik budak
"Apabila ingin membuka pintu pagar rumah, saya rasa seperti ada sesuatu yang menghampiri, menyebabkan saya segera mengayuh basikal ke tempat yang ada orang," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
"Saya perasan van itu mengekori saya sehingga ke simpang, menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah," katanya lagi.
Menurut Alang, ibunya selalu berpesan agar sentiasa mengambil langkah keselamatan jika mendapati ada individu yang mengekorinya.
"Ibu selalu telefon dan pantau bila saya dan adik-beradik lain balik sekolah untuk memastikan kami selamat. Ibu juga sering nasihat dan ingatkan kami untuk larikan diri ke tempat yang selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak dikenali mengekori kami," katanya.
Ibunya, Nur (bukan nama sebenar), 42, berkata, sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah.
"Dalam kejadian jam 11.41 pagi itu, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan kamera litar tertutup (CCTV). Saya menyedari kemunculan van putih itu namun tidak mengesyaki apa-apa.
temubual dengan adik yang hampir kena culik oleh van putih
"Bagaimanapun, setibanya Alang di pintu pagar rumah, tiba-tiba ada lelaki membuka pintu van belakang dan mengundurkan kenderana menghampiri Alang. Saya terus berlari keluar tetapi Alang sudah tiada, manakala van putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya.
"Takut jadi apa-apa kepada Alang, saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang berpatah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian. Saya hanya memikirkan keselamatan anak saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Post a Comment