Lelaki Ini Kantoi Curi Coli Dan Sorok Dalam Seluar Dekat Dobi Layan Diri
Kes kecurian baju dalam wanita di dobi layan diri sudah tidak asing lagi. Sebelum ini pernah viral di media sosial seorang lelaki telah mencuri baju dalam wanita yang dibasuh di kedai dobi layan diri.
Namun, baru-baru ini kecoh sekali lagi apabila Mstar Online melaporkan sebuah kes yang sama turut berlaku di Kuala Pilah.
Kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu pada jam 8.34 malam. Sebuah video berdurasi 55 saat itu dikongsi oleh pemilik Dobi Depot memaparkan seorang lelaki dilihat membuka salah sebuah mesin basuh di kedai tersebut.
Menerusi video tersebut, lelaki berbaju kemeja T-hitam itu sedang dilihat menyelongkar sebuh mesin basuh sambil memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak mencuri baju dalam itu.
Lelaki itu kemudian terus menyembunyikan baju dalam yang dicuri di dalam seluarnya sebelum meninggalkan kedai dobi tersebut. Menerusi rakaman video terbabit, tiada pelanggan di kedai dobi.
"Pihak kami ingin mengingatkan supaya kaum wanita mengambil langkah berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian anda serta peka dengan persekitaran keliling,"
Pihak dobi tersebut mengingatkan golongan wanita agar sentiasa berhati-hati ketika mencuci pakaian di kedai dobi dan tidak meninggalkan pakaian mereka tanpa diawasi.
Sebelum ini, kes yang sama turut berlaku di Shah Alam apabila seorang lelaki yang berusia turut menyelongkar mesin basuh untuk mencuri pakaian dalam wanita.
Post a Comment