WANITA CANTIK YANG MENGANDUNG BUNUH DIRI SETELAH KELUARGA ENGGAN BENARKANNYA JALANI CAESAREAN


Seorang wanita yang sarat hamil dilaporkan membunuh diri selepas keluarganya berulang kali enggan membenarkannya menjalani pembedahan caesarean.

Ma, wanita berusia 26 tahun, dimasukkan ke wad bersalin Yulin No 1 Hospital di Wilayah Shaanxi, utara China, Rabu lalu.

Demikian menurut, China Business News hari ini (5 Sep).

Laporan itu mengejutkan dan mengecewakan ramai orang di media sosial yang meminta kaum wanita diberi hak yang lebih besar.

“Diagnosis awal mendapati Ma lebih 41 minggu hamil dengan anak pertamanya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh hospital itu.

“Oleh kerana kepala janin besar, ini bermakna bahawa Ma tidak boleh melahirkan anaknya secara biasa kerana mempunyai risiko tinggi.”

Doktor menyarankan bahawa pembedahan adalah lebih selamat untuk Ma setelah menjalani peperiksaan. Namun keluarganya menegaskan ingin Ma melahirkan anaknya secara semulajadi.

Di bawah undang-undang China ahli keluarga perlu memberi kebenaran sebelum kakitangan perubatan menjalankan pembedahan.

Menurut rekod hospital, pada pukul 5.50 petang Khamis lalu, kakitangan memberitahu keluarga bahawa Ma mesti menjalani pembedahan caesarean.

Tidak didedahkan secara terperinci hubungan keluarganya dengan perempuan itu. Bagiamanapun adalah difahamkan bahawa mereka menolak pembedahan tersebut, dan memilih untuk terus memantau keadaan.

Wanita yang hamil itu keluar dari wad sebanyak dua kali untuk memberitahu keluarganya bahawa beliau mahu menjalani pembedahan kerana beliau tidak lagi dapat menanggung kesakitan, tetapi keluarga itu terus mendesaknya  supaya melahirkan bayi itu secara normal.

Wanita ini merayu pada ahli keluarganya, namun tak di endah
Demikian menurut catatan rekod itu. Tidak dijelaskan mengapa mereka menafikan permintaannya.

Kakitangan hospital berjaya memujuknya untuk kembali ke wad dan sekali lagi cuba meyakinkan keluarganya untuk membiarkannya dibedah, tetapi mereka masih enggan membenarkannya.

Ma jatuh daripada tingkap tingkat lima di wad bersalin hospital itu pada sekitar 8.00 malam. Para doktor tidak dapat menyelamatkan nyawanya. Janinnya juga tidak dapat diselamatkan.

                                    Wanita ini terjun melalui tingkap ini

Polis memberitahu para wartawan bahawa selepas menyiasat kejadian tersebut, mereka percaya ia adalah kes bunuh diri.

No comments

Powered by Blogger.