Siaplah Kalau Fitnah Saya Berkhalwat Lagi! - Aiman Tino


"Ini peluang terakhir buat netizen tidak bertanggungjawab. Selepas ini saya akan bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau dan menjejaskan nama baik keluarga!"

Nampak tak Aiman Tino dah marah sebab bengang difitnah dirinya ditangkap khalwat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini berita palsu tersebut tersebar menerusi sebuah portal sehingga menimbulkan kekecohan di antara peminat.

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu akan mengambil tindakan sewajarnya kelak sekiranya ada lagi berita palsu mengenai dirinya selepas ini.

"Sebelum ini, ada individu mendakwa saya meninggal dunia. Sekarang, ada pula yang sanggup reka cerita saya berkhalwat," katanya kepda Harian Metro.

Menurutnya lagi dia sangat terkejut ketika membaca berita tersebut malah ada juga peminat yang bertanya mengenainya.

"Saya tiada masa untuk melakukan perkara bukan-bukan dan kalau keluar pun ditemani keluarga" tambahnya.

Walau bagaimanapun Aiman bersyukur kerana fitnah tersebut tidak menjejaskan tawaran persembahan dan mengingatkan orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan sumber yang tidak sahih.

Memang perit kalau dah jadi artis terkenal. Ada sahaja pihak yang nak menjatuhkan, tabahla Aiman! 

No comments

Powered by Blogger.