Sajat bakal berkahwin tidak lama lagi dengan jejaka pilihannya
PETALING JAYA: Nampaknya melepaslah jejaka-jejaka di luar sana termasuk Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah apabila usahawan kosmetik terkenal,
Nur Sajat mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.
Nur Sajat yang terkenal dengan tagline Let's Cantik Jangan Mengata berkata jika tiada aral melintang, beliau akan mendirikan mahligai bahagia bersama kekasih hatinya hujung tahun depan.
Namun, katanya, buat masa ini beliau mahu mencapai beberapa sasaran dalam hidupnya yang masih belum dicapai selain mahu mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.
"Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.
"Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah," katanya kepada mStar Online.
Lelaki yang didakwa rapat dengan Sajat ketika ini |
Ketika ditanya mengenai soal kekasih, Sajat kini lebih terbuka bercerita mengenainya.
Malah, beliau mengakui sudah berpunya dan mengakui jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk.
"Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan," katanya.
Diminta mengulas mengenai lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat menyifatkan Raja Report Malaysia itu cuba mencari publisiti murahan dengan mengaitkan dirinya dan rakan industri,
Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
"Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.
"Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya," katanya.
Kredit :mStar
Post a Comment