“Jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau Wany !”-Wany Hasrita Terima Ugutan Bunuh Dari Peminat Fanatik


Penyanyi baru yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita memberitahu beliau pernah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatiknya. Kejadian itu berlaku tiga minggu lalu apabila individu tersebut kerap memberi komen di laman Instagram.

“Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram. Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti”

“Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ mesej yang dia hantar. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia”

“Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya. Akhirnya, saya langsung tidak melayan mesej itu dan dia pun telah berhenti mengganggu saya,” jelasnya kepada Astro Awani.

Boleh tahan mengerikan pengalaman Wany ini, walaupun baru sahaja bergelar selebriti sudah menerima ugutan bunuh oleh peminat fanatik. Apapun diharap Wany lebih berhati-hati dengan individu tidak dikenali. Malang tidak berbau!

Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.