"Itu Hak Dia Tak Percaya Al-Quran, Tapi Jangan Heret Orang Lain Sesat Sama"

Biadab! Peguam dan aktivis Siti Kasim sekali lagi buat hal apabila dia dianggap menghina Nabi dan Rasul dengan memberi gambaran Nabi bersifat maksum sebagai pembohong, lapor Harakah Daily.

Tindakannya itu mendapat perhatian ramai termasuk ahli politik yang menyelar keceluparan peguam itu.

Menurut Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali, kenyataan Siti Kasim itu secara tak langsung mempamerkan kebodohan serta kejahilan dirinya sendiri. Malah, ia merosakkan aqidahnya sebagai seorang Islam.

"Sirah Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail bukan cerita rekaan, malah ia dirakamkan oleh Allah Taala dalam Al-Quran.

"Kalau dia tidak mahu mempercayai Al-Quran, itu dia punya pasal tapi jangan mengeluarkan kenyataan mengheret kesesatan kepada orang lain!" katanya.

Siti Kassim dalam kenyataannya yang ditularkan di media sosial mendakwa mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail bukan dari Tuhan, sebaliknya bisikan syaitan.

Aktivis itu juga menganggap ibadat korban boleh merosakkan alam sekitar.

“Tanggapan bahawa Allah mahukan kita melakukan perkara tidak bermoral adalah berlawanan dengan keadilan Allah,” katanya.

Sumber kakishare

No comments

Powered by Blogger.