Bapa Pengantin Temui Ajal Selepas Majlis Akad Nikah Anak, Netizen Turut Sebak


Majlis perkahwinan merupakan hari yang diraikan penuh gembira namun bagi pasangan ini ia bertukar menjadi hiba dan duka. 

Pasangan ini kehilangan ayah tersayang sejurus majlis akad nikah berakhir. Kisah tersebut dikongsi oleh seorang jurugambar Ayul Rahman dan  menyifatkan ianya satu pengalaman yang berbeza kerana selalunya majlis akad nikad nikah berlangsung dalam suasana yang meriah namun kali ini dipenuhi dengan tangisan sedih dan hiba. 


"Hari ini merupakan sejarah bagi saya selama tujuh tahun dalam industri fotografi.

"Saat akhir dapat tempahan untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.

"Sepanjang majlis berlangsung saya tidak dapat menahan air mata. Sebak gila. Selepas majlis selesai, kami dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak.

"Beberapa minit kemudian bapa pengantin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. A bitter sweet memory for both of the couple. Al-fatihah,"


Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan berita yang dikongsikan oleh Ayul dan berharap pasangan serta keluarga pengantin tabah menghadapi dugaan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.