Pelajar institusi pengajian tinggi swasta selangor tercekik roti


PORT DICKSON - Seorang lelaki maut tercekik roti selepas selesai menyertai pertandingan makan roti dalam sambutan hari lahir rakannya yang diadakan di sebuah hotel di sini sekitar 1.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, lelaki yang maut dikenali sebagai Borokinni Sunday Pelumi, 32, dari Lagos, Nigeria dan juga seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Selangor.

Menurutnya, Borokinni pengsan selepas bertanding makan roti di majlis hari jadi rakannya.


"Sejurus selepas selesai pertandingan si mati telah lari bilik air dan muntah-muntah kemudian tidak sedarkan diri.

"Mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) oleh rakan-rakannya kemudian telah disahkan meninggal oleh doktor yang merawatnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Zainudin berkata, hasil bedah siasat di HPD, doktor mengesahkan punca kematian adalah tercekik.

Terdahulu, mangsa bersama rakannya tiba di hotel berkenaan sekitar jam 6.30petang semalam dan menyewa bilik di sebuah hotel di Batu 3 Jalan Pantai Port Dickson.

No comments

Powered by Blogger.