Pegawai Indonesia serbu KJ sebab dakwa penalti harus di beri kepada indonesia dan mereka dakwa Thanabalan pemain lahir di indonesia

Kecoh; Pegawai Indonesia Serbu Khairy Tak Puas Hati Di Baling Mercun

SHAH ALAM: Susulan perlawanan separuh akhir Sukan SEA ke-29 antara pasukan Malaysia dan Indonesia malam tadi, pasukan Indonesia melahirkan bantahan terhadap apa yang disifatkan insiden membaling mercun yang dikatakan berlaku sewaktu perlawanan.
Ketua jurulatih pasukan Indonesia, Luis Milla Aspas dalam sidang akhbar yang dilakukan selepas perlawanan itu menyatakan bahawa mercun telah dilontar ke arah pemain pasukannya yang sedang memanaskan badan sehingga didakwa menyebabkan kecederaan kepada beberapa pemain mereka termasuk berlaku pendarahan.
“Kami (Indonesia) bukan mahu protes tentang penalti yang mungkin sepatutnya kami perolehi. Apa yang kami mahu protes adalah tentang insiden balingan ‘bom’ (mercun) yang menyebabkan kecederaan kepada pemain kami. Ada berlaku pendarahan. Mereka tahu pemain kami sedang memanaskan badan di situ,”
Sementara itu beberapa pegawai pasukan Indonesia dilihat cuba menyerbu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebaik melihat kelibat beliau turun ke padang bagi meraikan kemenangan pasukan Malaysia.
Ia dipercayai bagi melahirkan bantahan kepada beliau. Namun keadaan berjaya dikawal sepenuhnya tanpa ada insiden buruk berlaku.

Dan yang paling kelakar penyokong indonesia dakwa thanabalan orang papau yang berminat nak sarung jersi indonesia tetapi Malaysia sudah ambil pemain itu,

Apa komen anda

No comments

Powered by Blogger.