Meskipun Kalah, Putera Mateen Tetap Di Hati Kami!


Antara yang paling menarik perhatian netizen ketika berlangsungnya Sukan SEA kali ini di Kuala Lumpur ialah penampilan putera tampan Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Jika sebelum ini, ramai yang melabelkan peminat wanita dari Malaysia sebagai 'murahan' lantaran bersikap seperti tidak terkawal dan terkinja-kinja ketika bertemu putera itu. 

Kali ini, mereka tetap menyatakan Putera Mateen tetap menang di hati mereka, meskipun perlawanan semalam dalam acara ekuestrian gagal menyerlah, malah kalah pula dengan team KJ iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bayangkan putera impian ramai bertemu dengan menteri kegemaran, mana satu yang nak dipilih?

Boleh jadi pening gamaknya! (haha). Pun begitu nampaknya team KJ lebih berpengalaman dan telah menewaskan kumpulan putera kesayangan ramai itu. 

Berikut pula adalah antara tweet yang majoriti daripada kaum hawa menyatakan tetap menyokong putera tersebut meskipun sudah tewas di tangan 'abah' (nama manja KJ).


"Tak apa Mateen. You menang hati i..(love)"

"12-4. Congrats KJ dan its okay Mateen."

Tak terkecuali beberapa tweet lucu yang datangnya daripada netizen lelaki. Adakah mereka cemburu?



Memang tak dinafikan kehadiran nama-nama besar dan juga terkenal telah memeriahkan lagu Sukan SEA kali ini.

Netizen pun makin dekat dengan sukan. Baguslah tu, kan!

No comments

Powered by Blogger.