Belasah Anak Kandung, Bapa bersama teman wanita didakwa



JOHOR BAHRU – Seorang bapa bersama kekasihnya serta dua anak wanita berkenaan mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap anak lelaki tersebut yang berusia 14 tahun di Mahkamah Majistret dan Sesyen Johor Bahru di sini, semalam.

Tertuduh, G Viswanathan, 36, dan K Lechumy, 40, serta dua anak lelaki Lechumy, R Aravindaar, 19, dan seorang lagi berusia 14 tahun.

Viswanathan didakwa melakukan kesalahan pada Februari 2017 hingga 14 Ogos 2017 di sebuah rumah di Jalan Camar 5, Taman Perling.

Lelaki itu didakwa mendera kanak-kanak itu hingga alami kecederaan fizikal.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun kemudiannya menetapkan 13 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Manakala, Lechumy yang hamil enam bulan dan tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan pada Julai 2017 hingga 14 Ogos 2017 di alamat sama.

Wanita itu didakwa mendatangkan kecederaan ke atas anak kandung Viswanathan dengan menggunakan seutas wayar.

Majistret Siti Hajar Ali menetapkan 3 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, dua anak Lechumy, Aravindaar dan seorang lagi berusia 14 tahun didakwa mulai Julai hingga 14 Ogos di alamat sama dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas kanak-kanak berkenaan.

Majistret Salina Omar kemudiannya menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan.

Kesemua pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Natalie Chew, Muhammad Mohd Nasir dan Suhaila Shafi’uddin.

No comments

Powered by Blogger.