Amerika Syarikat Siap Sedia Mahu Dakwa Jho Low


Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berhasrat untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap jutawan Malaysia yang mempunyai kaitan dengan skandal antarabangsa 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low.

Memetik laporan Reuters, saman sivil itu yang mana adalah berasingan daripada siasatan jenayah, melibatkan aset lebih daripada $1 bilion, termasuk lukisan van Gogh dan Monet dan hartanah mewah di New York dan Los Angeles, didakwa dibeli dengan wang yang dicuri.

Jabatan Kehakiman kini sedang mencari untuk menambah penemuan hartanah baharu milik keluarga Jho Low ke senarai aset yang akan disita jabatan itu, termasuk sebuah kapal layar kawalan Jho Low, bernilai $165 juta.

Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, dan peguamnya tidak memberi sebarang respon kepada permintaan untuk memberikan komen.

Sebelum ini, Jho Low telah memberitahu agensi berita bahawa dia adalah mangsa perbalahan politik di Malaysia dan hanya penasihat tidak rasmi kepada 1MDB.

Keluarganya akan mengambil tindakan undang-undang untuk melawan tindakan undang-undang AS.

No comments

Powered by Blogger.