Pameran Kartunis Zunar Kecoh Diserang Pemuda UMNO P.Pinang

Pameran kartun Zunar di Komtar, Pulau Pinang diserang sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan karya-karyanya yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Memetik laporan Berita Harian, diketuai oleh seorang pemimpin Umno negeri dan NGO tempatan, mereka hadir selepas solat Jumaat dan menuntut Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque memberhentikan pameran itu.

Pengurus Zunar, Azura Aziz berkata dua bahan pameran dirosakkan. “Mereka beritahu Zunar keluarkan buku kartun dan ancam mahu bakarnya,” kata kartunis yang terkenal dengan kartun satira politik itu.

Exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian. Keadaan kembali tenang kira-kira lima puluh minit kemudian selepas Zunar bersetuju untuk menurunkan semua karyanya atas faktor keselamatan. 

Sementara itu, Rafizal berkata, Pemuda UMNO negeri akan terus memantau pameran berkenaan supaya ia terus dibatalkan.

No comments

Powered by Blogger.