10 Headline Yang Confirm Viral

Cerita macam mana yang korang suka baca dan selalu jadi viral?Diinspirasikan oleh website BM yang otai macam Ohbulan!,RotiKaya, The Vocket, SAYS Seismik, dan Siakap Keli, dan ini adalah jenis-jenis artikel trending yang paling selalu viral, iaitu…

1. Cerita pasal travel bajet, lagi bagus kalau ada jadual penuh

Dulu kalau sebut pasal holiday, mesti korang bayangkan percutian tepi pantai sampai minum air oren letak payung kecik dalam gelas. Tapi sekarang ni kalau sebut pasal travel, kita mula bayangkan stail travel backpacking dengan bajet yang semurah yang boleh.


Dengan headline macam “Itinerari Ke New Zealand Selama 13 Hari Dengan Bajet RM3500” dan “Itinerari Travel 5 Hari Cara Bajet Di Tokyo Dengan Kos Asas RM350“, The Vocket banyak tulis artikel yang detail untuk dijadikan panduan. Walaupun sebelum ni ada je travel guide kat Internet, tapi lagi selesa bila kita dapat tips daripada member senegara, kan?

Dan jangan ingat asal travel je kena naik flight okay. Says dan Ohbulan ada banyak hidden gem yang kitorang sendiri tak pernah dengar, contohnya tempat-tempat hiking bagi geng-geng yang fit, ataupun homestay sekitar Malaysia bagi geng-geng yang kurang fit chill.

2. Cerita pasal jimat duit, buit duit, dan macam mana nak guna duit

Lol ok la headline yang selalu trending takdela berbaur MLM sangat tapi banyak kepada cerita rakyat biasa yang buat apa termampu demi menyara keluarga.


Daripada headline pasal bisnes kecik-kecik macam “Sambungan Resipi Nasi Ayam Yang Mencecah 66,000 Share Dalam Masa 2 Hari“, ke headline pasal bisnes besar-besar macam “Bisnes ‘Halalan Toyyiban’ Ramly Burger Bakal Cecah Nilai Kutipan RM2 Bilion Setahun. Wow!” Bila baca kisah-kisah macam ni, barulah terbakar semangat kita.

3. Cerita pasal orang baru nak kawen, orang tengah kawen, dan macam mana nak lama kawen




Kita orang Melayu yang berbudaya ketimuran ni memang sangat pentingkan hal-hal kekeluargaan. Sebab tu la banyak artikel yang ditulis pasal asam garam dan cabaran rumahtangga. Kes bertumbuk dalam masjid. Kesian kipas itu tidak disensorkan. #jangankecamkipas.

Time kahwin dah start banyak problem, dengan headline macam “Pengantin Lelaki Buat Laporan Polis, Tuntut Ganti Rugi Perbelanjaan Majlis Akad Nikah“. Baru lepas kawin pun problem lagi, dengan headline macam “Baru Berkahwin, Wanita Ini Akhirnya ‘Rela’ Suami Dirampas Perempuan Lain“. Dah lama kawin pun problem tak setel-setel, dengan headline seperti “Niat Suami Bergurau Dengan Rakan Cerai Isteri Talak Tiga & Akhirnya.. Kesian Si Isteri Ni!“.

Tapi tak semuanya cerita yang buat kita sakit hati. Ada je headline positif yang jadi viral, contohnya kisah inspirasi “Nak Gambar Kahwin Segak Bergaya, Lelaki Ini Kongsi Tips Hilang 17kg Dalam Masa 21 Hari!“, dan tips praktikal “9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami“.

4. Cerita pasal makanan.

Dah namanya rakyat Malaysia, tak sah kalau tak sembang pasal makanan. Sampai time tengah lunch pun boleh bersembang pasal dinner nak pergi mana.\



SAYS ada banyak buat cerita pasal port-port masyuk macam “Perhatian, Ibu Bapa! Dah Cuba 10 Kafe ‘Kid-Friendly’ Di KL & Selangor Ini?“, “7 Kafe Moden Paling ‘Most Wanted’ Di Seremban Yang Wajib Waghih Poie“, dan “10 Restoran Udang Galah Dan Ketam ‘Power’ Yang Wajib Anda Pekena. Memang Terangkat!” Sesuai sangat dengan orang kita yang selalu bergerak secara berkeluarga.

5. Cerita throwback!

Sekali-sekala nak jugak kita semua bernostalgia, ye tak? Nak lagi benda-benda time chilhood yang jarang jumpa dah sekarang ni, ingin jugak dikongsi dengan member-member dan generasi baru. Dari iklan-iklan TV yang lama, sampailah tiub tiup buih yang kita main time kecik-kecik dulu:



6. Cerita pasal artis bercinta, pasal artis kawin, pasal artis ketip kuku

Lumrah lah kat negara mana pun, kalau cerita pasal selebriti je mesti kecoh. Di Malaysia, kita banyak meraikan penyatuan dua insan seperti “Felixia Yeap Kini Sah Selamat Bergelar Isteri“, dan tumpang gembira dengan kurniaan zuriat seperti “Lisa Surihani & Yusry KRU Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan“.

Malah kita selalu memperingati bila ada seniman yang pergi, seperti berita “Yus Jambu Meninggal Dunia” yang masih lagi terkesan dalam hati peminat.

Dan kalau ada mana-mana artis yang bukak baju, memanglah mengundang #silakecamsaya.


7. Cerita pasal Najib, pasal 1MDB, dan pasal… Najib

Yang ni memang tak payah intro lah. Cerita-cerita politik kat negara kita ni memang tak pernah surut, nak lagi semenjak kecohnya kes Najib yang dikaitkan dengan 1MDB. Tapi korang nak tau satu benda yang menarik? Mengikut Google Trends, Mahathir dan Anwar masih lagi popular kat Google semenjak 2004 (waktu Google mula kumpul data) sampailah sekarang:


Begitulah pengaruh Tun M dan Anwar…

8. Cerita gaduh kat dalam tren, gaduh kat balai, gaduh kat Instagram

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sure kena tangkap video. Terlajak komen kat Instagram sure kena screenshot.


Ada banyak kes gaduh dunia nyata seperti “Insiden Video Viral Anggota Polis Marah Pengadu : IPD Subang Jaya Keluar Kenyataan“, dan banyak lagi kes gaduh di dunia maya iaitu di Instagram, sampai keluarnya headline macam “Fazura Hilang 200,000 Pengikut Instagram Kerana Isu KimK” dan “Azwan Hj. Ali Minta Maaf Selepas Digertak Abdul Rani Kulup Abdullah“.

Tapi selain daripada selebriti, sekarang ada pulak trend anak-anak pemimpin bagi pendapat masing-masing, contohnya “Rakyat Malaysia Malas & Memilih Kerja – Anak TPM Pertahan Kenyataan Bapa” dan “Merangkak La Dekat Padang Masyar Minta Maaf”- Luahan Anak Bongsu Datuk Ahmad Bashah“. Agak menarik bila Instagram yang selalunya digunakan untuk post gambar dijadikan ruangan karangan dan cerpen.

9. Cerita pasal Siti!

Tahu tak korang yang dah 20 tahun berlalu semenjak single first Datuk Siti Nurhaliza, Aku Cinta Padamu? Tapi sampai sekarang Siti masih menjadi buah hati peminat tua muda, dulu kini dan selamanya.


10. Cerita pasal orang yang berbuat baik sesama manusia dan haiwan.

Kita tak semestinya kena ada duit juta-juta baru boleh memberi impak kepada dunia, sebab kasih sayang kenalah ditunjukkan hari-hari tanpa mengira makhluk. Contohnya video yang jadi viral bila seorang perempuan Melayu menyelamatkan anjing di tepi jalan. Sebab tu lah kita kena buat baik terhadap apa sahaja. Mana tau, satu hari nanti, anjing pulak yang menyelamatkan kita di tepi jalan.


Tapi apa yang buat kitorang paling tangkap sebak adalah bila terbaca kisah-kisah pengorbanan ibu-bapa macam kat bawah ni…


No comments

Powered by Blogger.