Berwaspadalah Dengan Golongan Yang Jual Agama

Benarlah apa yang pernah diberikan ingatan oleh Nabi s.a.w :
فإنه سيجيء أقوام يقرءون القرآن يسألون به الناس(Bahawa sesungguhnya akan datang puak-puak yang membaca al-Quran lalu meminta bayarannya dari manusia) -Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll.
Malangnya akan ada pihak yang jika ditegur exploitasi agama yang dilakukan, mereka akan menuduh orang lain sebagai wahabi. 'Jual beli agama' yang mereka lakukan itulah kononnya pegangan ulama ASWJ.


Tanyalah mereka apakah imam-imam ASWJ yang mulia seperti Abu Hanifah, Malik, Al-Syafii, Ahmad, al-Thauri, al- Auza'i dan seumpamanya mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas nama agama semasa hayat mereka?!! Bahkan pendapat al-Imam al-Syafii bahawa hadiah bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati. 

Ini dinukilkan oleh al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim dan Ibn Kathir dalam Tafsir Ibn Kathir ketika menafsirkan Surah al-Najm. Jika beliau hidup di zaman ini nescaya beliau juga dituduh wahabi oleh golongan Ahbash dan penyokong Syiah yang berbaju sunni yang berkeliaran ketika ini.

Ya, ulama ada berbeza pendapat tentang hadiah bacaan al-Quran kepada si mati, namun apakah mereka menyuruh kita mengaut keuntungan atas nama agama yang seperti ini?!!
Jangan sampai nanti orang menganggap duit boleh beli syurga melalui wakil-wakil Tuhan yang mencetak pahala buat si kaya!!!

Kembalilah kepada ASWJ yang tulen seperti yang diamalkan oleh generasi Salafussoleh.

No comments

Powered by Blogger.