Lelaki Ajar Beruk Hisap Vape Dikecam Netizen

Seorang lelaki memuat naik video seekor beruk diajar menghisap rokok elektronik di laman Facebook Group Vapor Malaysia, dikecam netizen.


Video berdurasi 20 saat itu dikecam netizen yang menganggap tindakan individu terbabit menganiaya haiwan berkenaan dan bakal mengundang masalah ke atas dirinya sendiri. 
"Nak bergurau pun ada caranya. Kesian binatang itu. Vape ini baru nak bertapak di Malaysia. Nak mendapatkan kelulusan pun kerajaan keluarkan spekulasi macam-macam," kata Edy A Shukor.

"Bertahun-tahun vape di Europe dan Asia. Tapi bila vape sampai Malaysia, macam-macam jadinya. Beruk hisap vapelah, perisa ganjalah, ketumlah. Yang peliknya di negara lain yang dah bertahun-tahun layan vape, tak ada pula jadi seperti ini," kata Zulkifli Zack.

Berikutan itu, ramai ahli group meminta lelaki terbabit membuang video berkenaan. Namun sehingga kini, beliau masih lagi tidak memberikan sebarang respon

Ajar Beruk Hisap Vape
Lelaki Ajar Beruk Hisap Vape Dikecam Netizen. Selanjutnya - http://goo.gl/kfF4rEMORE: #MEDIAVIDS
Posted by My Media Hub on Thursday, 3 September 2015

No comments

Powered by Blogger.