Kerja Sebelum 9 Pagi Satu Seksaan

Satu artikel disiarkan di Huffington Post mengatakan seorang saintis di England mengesahkan bekerja sebelum pukul 9 pagi adalah satu seksaan.


Penyelidik Klinikal, Institusi Tidur dan Neurosains Circadian, Universiti Oxford, Paul Kelley memberitahu The Telegraph bahawa pekerja patut mula bekerja pada pukul 10 pagi.

"Kita mempunyai masyarakat yang tidak cukup tidur. Ia sangat memberi kesan buruk kepada sistem badan anda dan memberi kesan kepada emosi fizikal serta keadaan sistem dalam badan," katanya.

Kajian juga mendedahkan tidak cukup tidur akan menyebabkan masalah kesihatan termasuk kemurungan, peningkatan risiko salah guna bahan dan risiko tinggi untuk menjadi obesiti.

No comments

Powered by Blogger.