Nenek "COOL" Main Gitar Sambil Nyanyi Jadi Viral

Rare! Itulah yang dapat dikongsikan melalui penyebaran sebuah video berdurasi 2:06 minit yang memaparkan gelagat seorang warga emas bermain gitar sambil menyanyi.



Video yang dikongsi oleh Video Viral menerusi laman Facebook menarik pengguna media sosial yang kebanyakannya kagum dengan bakat wanita berkenaan.

Pengguna mula dihidangkan dengan petikan gitar bermula saat pertama video itu dipertontonkan.

Tidak berakhir disitu, warga emas itu terus menghiburkan penonton dengan nyanyiannya yang dianggap ‘cool’ pada minit ke 1:47.

Rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa teruja dengan bakat yang dipersembah oleh warga emas itu.

“Baikkk lah nenek. Main gitar dgn penuh emosi. Kalah cucu main tahu tak nek,” tulis Rosdi Mahmud.

“Legend ni…hahaha,” tulis Zulkifli Mohd Nor.



Otaii masih lagi berbisa....terbaik lah nenek.
Posted by Video Viral on Tuesday, 25 August 2015

No comments

Powered by Blogger.