Kisah Sedih Kanak-Kanak Ingin ke KLCC Dengan Hanya RM15

Bilakah kali terakhir kamu bersyukur dengan apa yang kamu miliki?Pernahkah kamu merungut tak sanggup berada di KLCC kerana tempat itu kerap dibanjiri warga asing?Dan pernahkah kamu berada dalam dilema, tak tahu nak makan apa di KLCC kerana di situ terlalu banyak pilihan makanan?



Sedang kamu berada di dalam dilema seperti itu, lain pula kisah adik kecil berusia 12 tahun. Nak jejakkan kaki ke KLCC pun tak mampu. Cikgu Najihah Rahman, guru di SK Kechau 1, mengendalikan lawatan pelajar-pelajar darjah enam ke Aquaria KLCC.

Lawatan tersebut harus dibiayai oleh ibu bapa pelajar. Ini termasuk bayaran tiket bas dan tiket masuk ke Aquaria. Tiket masuk ke Aquaria berharga RM30 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun, jadi berkemungkinan besar jumlah yang perlu dibayar untuk lawatan tersebut mungkin mencecah RM50.

Seorang murid dalam kelas Cikgu Najihah ingin menyertai lawatan itu kerana teringin nak ke KLCC, tapi dia tak mampu hendak membayar tiket masuk ke Aquaria

Jadi dia minta izin kepada Cikgu Najihah untuk menyertai rombongan itu dengan cuma membayar RM15 untuk tambang bas, tetapi dia tak akan masuk ke Aquaria sebaliknya akan menunggu sehingga rakan-rakannya habis lawatan ke tempat tersebut. Nasib baiklah, ada yang sudi membayar tiket masuk pelajar itu ke Aquaria.


Selain dari lawatan ke Aquaria, Cikgu Najihah turut memberitahu jika nak rasa popcorn Garrett yang terkenal sedap di KLCC, bawalah duit tambahan sebanyak RM20. Cikgu Najihah turut memberikan sample bertih jagung itu kepada anak-anak muridnya. Semua pelajar teruja dan memuji kesedapan popcorn itu.

Kali ini pelajar yang sama bertanyakan kepada rakan-rakan sekelasnya jika ada yang mahu berkongsi membeli popcorn Garrett itu dengannya. "Siapa sini nak beli Garrett kongsi dengan saya? Saya nak lagi tapi tak mampu beli, kalau ada yang nak kongsi."

Cikgu Najihah memanggil kanak-kanak itu berjumpa dengannya selepas habis kelas dan bertanya berapa duit belanja dibawanya ke KLCC.

"RM15. Saya tahu ayah tak ada duit. Ini duit belanja 2 minggu saya simpan."

Atas dasar kasih sayang dan simpati, Cikgu Najihah kemudian memberikan wang kepada kanak-kanak itu supaya dia dapat membeli popcorn Garrett.

"Ini teacher bagi duit awak beli Garrett tu. You are a very good student, rajin. daripada dulu awal tahun awak dapat C, sekarang dah dapat A. Ini hadiah untuk awak". "Alhamdulillah Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Coretan saya tentang salah seorang student saya semalam mendapat perhatian ramai insan yang mulia. Tujuan saya berkongsi untuk sama sama kita muhasabah diri kerana ada hamba Allah yang meskipun dalam kesempitan, dapat mensyukuri nikmat Allah. Allahu terima kasih rakyat Malaysia. Doa dan sumbangan amat dihargai. Walaupun ada yang tidak mengenali saya mahupun student saya, ramai yang memberi duit raya untuk anak syurga itu.Seronok tak terkata dia dapat beli Garrett harini. Terima kasih sekali lagi, bagi pihak insan kerdil berjiwa besar itu. Bawa RM150 ke KLCC pun rasa tak cukup, inikan pula cuma RM15."

Benar kata orang, selagi kita tak selami kesusahan orang lain, selagi itulah kita sukar untuk bersyukur. Jadi, syukurilah nikmat yang kita miliki.

My school organized a trip to Aquaria KLCC tomorrow for Year 6 pupils. There is one girl, a very hardworking and smart...
Posted by Najihah Rahman on Friday, 7 August 2015

No comments

Powered by Blogger.