Warga Emas Ini Sara Hidup Dengan Memakai Kostum Winnie & The Pooh

Viral di media sosial ketika ini gambar seorang lelaki tua yang memakai kostum Winnie & The Pooh dilihat mengemis di tepi jalan sehingga mengundang simpati netizen. Warga emas, Suardi Yang berusia 74 tahun dari Indonesia ini kelihatan cekal dan tabah demi mencari sesuap nasi untuk dirinya dan keluarga dengan mengemis menggunakan kostum Winnie & The Pooh walaupun kesihatannya tidak mengizinkan kerana beliau disahkan menghidap penyakit angin ahmar.


Keadaan warga emas ini mendapat perhatian dan berita ini menjadi sensasi di Indonesia yang mana rata-rata rakyatnya menunjukkan rasa simpati dan prihatin terhadap warga emas ini. Warga emas ini akan keluar rumah seawal subuh untuk mencari rezeki dengan memakai kostum Winnie & The Pooh bagi menghiburkan orang ramai. Warga emas ini akan bergerak dari rumah ke rumah atau di mana-mana tempat sebelum pulang dengan hasil yang tidak seberapa iaitu sebanyak Rp500,000 atau hanya RM30 dalam matawang negara kita. Inilah rutin harian yang dilakukan oleh warga emas ini demi mencari rezeki untuk menyara hidup dirinya dan keluarga.

Walaupun pekerjaannya di pandang hina dan ringan oleh sesetengah masyarakat, tetapi dengan cara inilah dia mampu meneruskan survival hidup dan mendapatkan wang bagi menyara keluarganya sehingga hari ini. Kebiasaannya dia akan berjalan sejauh beberapa kilometer dengan memakai kostum tersebut di bandar Sidarjo. Setelah kisah warga emas ini diketahui orang ramai dan mendapat perhatian warga Indonesia khususnya, hasil pencariannya semakin bertambah berbanding sebelum ini dan mampu mendapat sehingga lebih 500 ribu rupiah atau RM140.


Dengan hasil yang banyak itu, dia semakin bertambah semangat untuk meneruskan pekerjaannya walaupun keadaan kesihatannya berada di tahap yang kritikal. Rata-rata netizen Indonesia juga menyuarakan agar Suardi berhenti daripada kerjayanya itu dan mengisi masa tuanya bersama dengan keluarga tersayang serta mendekatkan diri kepada Tuhan.

1 comment:

Powered by Blogger.